Saturday 27 April 2013

Sejarah CEO Al Jabbar



SEKALI pandang, Kamaruzaman Che Hussein langsung tidak kelihatan seperti ‘bos besar’ apatah lagi dengan kemeja berjalur-jalur, seluar khaki dan tidak bertali leher - sama seperti anak-anak buahnya yang rata-rata terdiri daripada golongan muda lepasan ijazah.

Namun hakikatnya anak muda ‘genius’ berusia 36 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini mencatat sejarah dalam bidang perubatan alternatif negara apabila berjaya mencipta sejenis penawar berasaskan herba yang mampu membantu merawat penyakit berkaitan hati.

Berkat kejayaannya itu, beliau kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Herbs yang menawarkan perkhidmatan rawatan alternatif menggunakan produk 100 peratus semula jadi bagi meningkatkan kesihatan pengamal produk-produknya.

Menurut Kamaruzaman, dia tidak pernah melanjutkan pelajaran setelah tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gombak, Selangor.

Sebaliknya beliau mengambil keputusan merantau ke Indonesia selama lima tahun untuk mendalami ilmu agama dan bidang perubatan herba bagi membolehkannya membantu para pesakit yang memerlukan.
Niat beliau ketika itu adalah ikhlas kerana Allah S.W.T untuk membantu manusia khususnya kanak-kanak yang menghidap penyakit berkaitan hati, hempedu kronik dan bengkak hati yang dikenali sebagai Biliary Atresia.

Beliau berusaha menghasilkan sejenis penawar semula jadi yang dapat meningkatkan kesihatan para pesakit hati.

‘‘Sekitar tahun 1999, hati saya tersentuh dengan penderitaan penghidap penyakit hati kronik, Mohd. Afiq Iqmal Muhammad Zaini dan keluarganya yang terpaksa mengeluarkan belanja RM3,000 sebulan untuk perubatan dan RM300,000 untuk pembedahan.
‘‘
Setelah itu, saya memohon petunjuk dengan Allah supaya dapat menghasilkan satu penawar menggunakan khasiat tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini yang boleh dimanfaatkan semua manusia,’’ katanya.
Setelah cubaan peringkat awal gagal, hampir tiga tahun kemudian Kamaruzaman dengan bantuan abang iparnya berjaya mengeluarkan produk tonik hati atau Jabbar Hidayah Hepatitis B (HB) Plus menggunakan bahan-bahan herba tradisional seperti herba asli dan tumbuhan liar bagi membantu mengurangkan masalah penyakit Hepatitis B.

Menurutnya, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi ketika baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sehingga terpaksa mengeluarkan sejumlah besar wang simpanannya mencecah RM20,000 sebagai modal permulaan menghasil dan memasarkan produk pertama keluarannya itu.
Bermula dengan seorang pesakit bengkak hati kronik yang mengamalkan memakan Jabbar Hidayah HB Plus, tonik hati itu terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sementara penggunaannya menjadi semakin meluas terutama di kalangan masyarakat Melayu luar bandar.
Selain tonik hati, Al-Jabbar menghasilkan 12 produk lain termasuklah ramuan khusus untuk kesihatan lelaki serta wanita.

Al-Jabbar yang telah menembusi pasaran Indonesia, Brunei dan Singapura juga bercadang melebarkan lagi sayapnya ke negara-negara Asia Barat dalam waktu terdekat ini.
Kumpulan syarikat Al-Jabbar kini memiliki 10 anak syarikat dan dua buah kilang termasuk Al-Jabbar Manufacturing Sdn. Bhd., Al-Jabbar Healthcare Sdn. Bhd., Al-Jabbar Solution Sdn. Bhd., Al-Jabbar Express Sdn. Bhd., Al-Jabbar Production dan Al-Jabbar Sales & Marketing Sdn. Bhd.
Sementara itu, kata Kamaruzaman, Al-Jabbar juga menawarkan perkhidmatan rawatan percuma kepada para pesakit hati menggunakan mesin terapi medan elektrik statik untuk mendedahkan masyarakat Melayu terhadap manfaat kaedah rawatan alternatif seumpama itu.

Beliau menjelaskan, pihaknya juga tidak mengehadkan rawatan percuma itu kepada sesiapa yang ingin mencubanya.
‘‘
Teknologi ini sudah lama digunakan di Jepun iaitu rawatan tanpa menggunakan ubat-ubatan atau suntikan bagi mengurangkan pergantungan terhadap ubat yang memberi kesan sampingan kepada ginjal dan hati.
‘‘Mesin terapi ini bukan hanya untuk pesakit hati malah boleh digunakan semua untuk mengekalkan kesihatan, memecahkan lemak dan mengurangkan kadar kolesterol dalam darah,’’ ujarnya.

Dalam pada itu, Kamaruzaman berkata, Al-Jabbar kini mempunyai 130 kakitangan di seluruh negara tidak termasuk di Brunei dan Indonesia yang kebanyakannya merupakan tenaga muda berkelulusan tinggi dari dalam serta luar negara.
‘‘
Saya bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kerana berjaya membangunkan Pusat Perubatan Herba Al-Jabbar serta menghasilkan pelbagai produk untuk membantu ramai orang,” katanya.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di talian  019-7762099 / 019-7262099 / 019-7162099.

No comments:

Post a Comment